Aliff Syukri Disvmpah S3ranah 0leh Ibu,Kembali Aktif Di IG Dengan Tarian Mop

Aliff Syukri Disvmpah S3ranah 0leh Ibu,Kembali Aktif Di IG Dengan Tarian Mop

Tindakan usahawan kosmetik kontroversi, Dato’ Aliff Syukri kembali menggunakan media sosialnya mengundang kecaman teruk di kalangan warganet termasuk ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Promosi lagu masih tetap berjalan

Dalam video yang baru sahaja dikongsikan oleh Aliff Syukri, dilihat usahawan itu bertanya kepada netizen sama ada rakaman babak menari bersama batang mop tersebut sesuai atau tidak untuk muzik video (MV) lagu terbaharunya yang mungkin akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022.

Kebulur sangat dengan lagu ke

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima komen pedas daripada ibunya sendiri selain meluahkan rasa terkilan apabila nasihat dan tegurannya diabaikan olehnya demi lagu baharu berjudul Baby Sayang yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Rozita berkata, anaknya itu lebih mementingkan pihak pengurusan lagu berbanding dirinya sebagai seorang ibu.

“Allah, kebulur sangat dengan lagu, Kri (Aliff Syukri)? Tak habis lagi! Tak aman hidup mak, Kri.. Kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah?

“Kau lebih pentingkan management recording dari mak sound. Setakat saman RM50,000, itu pilihan kau ya?”luahnya.

Kau memang tak makan saman, kan?

Dalam pada itu, Rozita berkata usahawan kosmetik itu seorang yang tidak pernah takut apabila menerima teguran, kritikan dan cemuhan daripada ramai orang.

Katanya lagi, sebagai seorang ibu dia takut untuk membaca fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga meskipun Aliff Syukri mengendahkan sahaja.

“Kau ini memang tak makan saman, kan? Mak ngeri nak baca dengan fitnah, yang kau pula selamba, tak serik-serik.”katanya lagi.

Mak haramkan kau cari mak

Rozita turut memberikan amaran kepada anaknya itu agar tidak mencarinya sekiranya ternampak Aliff bersama wanita atau memegang tangan mereka.

“Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak.. Manusia kebal betul kau, kan! Kami semua terpalit.”tegas pengasas kosmetik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya itu.

Mana janji nak undur diri?

Apa yang lebih mengecewakan hati seorang ibu adalah janji yang dibuat oleh anaknya itu seolah-olah tinggal janji kerana kurang dari seminggu video permohonan maaf dilakukan oleh Aliff Syukri.

Terdahulu, Rozita meminta Aliff Syukri memadam klip video tarian geleknya bersama penyanyi dangdut, Baby Shima di media sosial miliknya sebelum usahawan itu menangis teresak-esak sambil meminta maaf dan akan berjanji akan mengundurkan diri dari dunia media sosial.

Malah, Aliff turut mendedahkan dirinya merupakan seorang penghidap masalah mental tahap dua sebelum bertindak memadam semua hantaran gambar.

LihatTutupKomentar