Pelik Juga” Dah 8 Bulan HILANG.. Ic, Duit, Kad Bank Semua Ada Je Dalam Rumah.. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Zalina Azman Buat Semua Terkejut..

Hilang Sejak Tahun Lalu, Saksl Dedah Keadaan Rumah Hilang Sejak Tahun Lalu, Saksl Dedah Keadaan Rumah Zalina Azman Yang Buat Ramai Terkejut Yang Buat Ramai Terkejut

BEKAS personaliti TV3 iaitu Zalina Azman dilaporkan hilang menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin.

Makluman orang hilang tersebut dimuat naik di Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam yang memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Fizikal Zalina juga turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan manis selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Sela0ngor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memberitahu keluarga Zalina membuat laporan tentang kehilangannya sejak 29 November tabhun lalu.

Dalam laporan tersebut, anak kepada Zalina ada cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa Zalina dimasukkan ke hospital namun usaha itu gagal

Pada 29 November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.




“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.


“Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya.


Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.


Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba turut meminta Zalina segera pulang.


“Di mana awak Zally (panggilan untuk Zalina). Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.


Rakan seperjuangannya, Datuk Aznil Nawawi turut meninggalkan komen pada hantaran itu yang turut bertanyakan dimanakah bekas personaliti itu berada.




Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.


Sebelum ini, Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.


Komen Netizen:


Teringat kes kehilangan Hizairi Othman dulu. Kereta, dokumen pengenalan diri, kad2 semua ada tapi sehingga kini ia kekal menjadi misteri


Allahuakbar. Moga dipermudahkan segala urusan mencari dan ditemukan segera hendaknya

Misteri betul. Nak cakap lebih2pun tak berani. Hanya mampu doakan semoga pengakhiran yg baik2 saja buat bekas personaliti tv3 popular kesayangan ramai satu ketika dulu ini. Mudah2an Allah permudahkan urusan Zalina dan seluruh ahli keluarganya. Aamiin2x


November tahun lepas Ke? Ini dah satu Tahun kenapa baru sekarang nak dihebahkan?


Kalau awal2 hilang hari tu bgtau senang natizen siasat.ni dah lama jejak pun payah nak jumpa.harap2 msh ada jiran2 yg simpn rekod CCTV kot2 blh jejak

LihatTutupKomentar