Bayi 14 bulan maut jatuh katil rumah pengasuh😔😔

DUNGUN – Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan meninggaI dunia malam tadi selepas dikejarkan ke hospital selepas mengalami pndarhan dalaman ketika di bawah jagaan pengasuh di Paka dekat sini pada kelmarin.
Bayi tersebut yang mengalami pndarhan di bahagian ubun-ubun dan rtak tulang kepala menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, anak pasangan pengusaha kedai makan tersebut didakwa telah terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya pada pukul 10.30 pagi kelmarin.




“Bayi lelaki itu dihantar ke rumah pengasuh oleh ibubapanya yang menetap di Felda Kerteh 4 dekat sini ke rumah pengasuh di Paka pada pukul 10.15 pagi, Sabtu lalu.

“Lebih kurang 15 minit kemudian, bapa mangsa telah dihubungi suami pengasuh anaknya untuk memaklumkan insiden menimpa anaknya sewaktu dia dan isteri sedang berada kedai makan mereka di Paka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pasangan suami isteri itu kemudiannya bergegas ke rumah pengasuh sebelum mendapati anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bermaya.





Tambah beliau, bayi lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka dekat sini sebelum dirujuk ke Hospital Dungun di sini.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke HSNZ dan walaupun tiada mengalami kecederaan luaran, imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapati dia mengalami pndarhan dalaman di bahagian ubun-ubun kepala selain rtak tulang kepala di bahagian belakang. – K! ONLINE


LihatTutupKomentar