Dituduh Bapa Tak Ajar S0lat,Isteri Beng4ng Aizat Amdan D1kutuk G3muk
Ahad lalu, penyanyi Aizat Amdan telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Elyssa Alia.Memetik Kosmo, Elyssa berkata dia terbuka menerima teguran atau kritikan namun menolak tohmahan berkaitan body shaming atau yang menyentuh nama ibu bapanya.
“Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya. Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai.
“Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’. Tiada siapa suka dengan perkara begitu,” katanya.
Mengakui cara pemakaiannya masih belum sempurna, Elyssa berkata dia sedang mencuba untuk menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Elyssa menegaskan dia sangat pantang jika ada yang mengganggu keluarganya atau bercakap mengenai tubuh badannya.
“Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.
“Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.
“Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik,” katanya.
Aizat Amdan sah bergelar suami kepada, Elyssa Alia Illias dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park pada Ahad lalu