Dua Budak Mavt 0tak TerkeIuar. MotosikaI Ditunggang Langgar Tiang EIektrik

SEBERANG PERAI – Dua kanak-kanak lelaki terkorban selepas motosikal ditunggangi mereka dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus di Penanti, Bukit Mertajam di sini hari ini.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Kedua-dua mangsa yang dikatakan berusia 12 tahun itu maut di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. 

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus, Baharuddin Abdullah, beliau menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang sebelum bergegas ke lokasi.



Sementara itu, beberapa video memaparkan mayat dua kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah terbaring di atas rumput tular di media sosial hari ini.

Salah satu video turut memaparkan beberapa individu mengutip cebisan dipercayai otak mangsa sebelum dimasukkan ke dalam bungkusan plastik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak mengulas lanjut.

Sumber: Kini Hangat
LihatTutupKomentar