Lisa Surihani Contoh Terbaik K3jar Akhirat,Tak Semua Artis Buat Maks1at
Ketika segelintir artis rancak menerima pelbagai kecaman netizen, tidak bagi pelakon Datin Lisa Surihani yang berjaya membuatkan orang ramai berasa tenang dan sejuk hati melihat personalitinya.Di sebalik cerita video panas artis, membuka hijab, tarian gelek usahawan serta aksi berpelukan antara pelakon lelaki dan wanita dalam drama, Lisa dilihat terus fokus untuk menjadi insan lebih baik.
Terbaru, pelakon berusia 36 tahun itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyertai majlis keagamaan di rumah rakan selebriti Linda Rafar pada Ahad lalu.
Moments di usrah bersama Ustaz Wadi di rumah Kak Linda,” tulisnya memuat naik sebuah video di laman Instagram
Majlis dikendalikan oleh pendakwah popular, Ustaz Wadi Annuar itu menghimpunkan golongan selebriti bagi bersama-sama mendengar tazkirah dan perkongsian ilmu disampaikan.
Antara kelibat yang hadir adalah Datuk Nora Ariffin, Erra Fazira, Neelofa, Izara Aishah, Heliza Helmi, Diana Amir, Kilafairy, Farhatul Fairuzah dan ramai lagi.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut meluahkan kesyukuran apabila melihat Lisa yang tidak jemu mengejar ilmu dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Selain itu, ramai juga memuji suasana positif disertai golongan artis dengan menyifatkan terpancar ‘nur’ pada wajah masing-masing yang berusaha menjadi hambaNya mengikut landasan Islam.
Tenangnya tengok Lisa!
Begitulah insan mengejar akhirat, tidak lagi memandang hal dunia untuk mengekalkan populariti di mata manusia. Jauh sekali mengharapkan pujian! Semoga semua terus beristiqamah.