Misteri Kehilangan Seorang Lelaki Tahun Lepas Terjawab, Mangsa Ditemukan Hanya Tinggal Teng’korak, Dipercayai Hampir 10 Bulan Terbabit Dalam Kemalangan

Misteri Kehilangan Seorang Lelaki Tahun Lepas Terjawab, mangsa ditemukan hanya tinggal teng’korak, dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kemalangan
Seorang mangsa dipercayai hampir 10 bulan terbabit dalam kema’langan ditemukan hanya tinggal teng’korak di Kilometer 122.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat daripada pekerja penyelenggaraan lebuh raya yang sedang melakukan kerja pembersihan longkang mengenai penemuan sebuah kereta dan satu tengkorak manusia di cerunan tepi sebelah kiri lebuh raya pada 1.10 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya, manakala teng’korak pula dijumpai berhampiran dengan kereta berkenaan.
“Kema’langan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di bawah cerunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kema’langan dipercayai berlaku pada Mei atau awal Jun tahun lalu. Menurutnya, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan sudah dihubungi pihak polis serta sedang menunggu waris untuk siasatan lanjut.

“Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti identiti mangsa melalui pemilik kenderaan yang dikenal pasti dan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan.

“Teng’korak manusia itu kemudian dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu dan menunggang kenderaan.

Katanya, mereka perlu memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga terdekat supaya mudah dihubungi atau dikesan jika berlaku perkara tidak diingini.
LihatTutupKomentar