Orang Awam Dakwa Nampak Kelibat Zalina Azman Di Suatu Lokasi, Sekali Bila P0lis Datang Tengok, Ini Yg Mereka Jumpa

POLIS mengesahkan wanita mirip Zalina Azman yang didakwa singgah ke sebuah kafe di Seksyen 9 pada Ahad lalu bukan bekas personaliti televisyen tersebut sebaliknya adalah gelandangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditemu bual dengan Buletin 9 pada Rabu memaklumkan perkara itu selepas membuat semakan dan berkunjung ke lokasi berkenaan untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

“Selepas berita hebahan kehilangan Zalina Azman kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya.

“Bagaimanapun selepas kita buat semakan dan pergi ke tempat-tempat yang diberitahu dan berjumpa dengan individu-individu berkenaan mendapati bukan orang yang kita cari.

“Memang ada jumpa tetapi wanita itu adalah gelandangan dan bukannya Zalina Azman,” katanya.

Terdahulu, mStar melaporkan pemilik kafe di Seksyen 9 Shah Alam mendakwa wanita mirip Zalina muncul di restoran miliknya kira-kira pukul 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.

Insiden itu diceritakan oleh Mosyuki Borhan di Twitter miliknya pada Selesa selepas tersentak membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.

Meskipun tidak dapat dipastikan wanita yang hadir ke kafe itu adalah Zalina namun lelaki itu terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.

Kehilangan Zalina masih menjadi misteri.


Sementara itu, Mohd Iqbal turut memaklumkan belum merakam percakapan individu yang mendakwa melihat kelibat Zalina namun akan meneliti rakaman kamera litar tertutup berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.


Pihaknya juga masih mengharapkan maklumat disalurkan bagi membantu siasatan dan pencarian sehingga Zalina ditemui.


“Saya kenal penampilannya” – Ras Adiba minta rakam jika terserempak wanita mirip Zalina Azman, teruskan misi pencarian hari kedua

MESKIPUN gagal dalam misi pencarian hari pertama, Senator, Datuk Ras Adiba Radzi tetap tidak berputus asa untuk menjejaki rakan baiknya yang juga bekas personaliti televisyen, Zalina Azman.


Ras Adiba berkata, dia tetap optimis akan bertemu kembali dengan sahabat baikna itu dan akan menuruskan usaha pencarian Zalina di sekitar Shah Alam, Selangor.


Malah Ras Adiba berharap orang ramai akan mengambil gambar atau video sekiranya terserempak dengan Zalina atau individu yang dirasakan menyerupainya.

Ras mengesa agar orang ramai yang mendakwa melihat wanita menyerupai Zalina agar mengambil gambar atau video bagi melancarkan usaha pencarian.


“Saya sangat menghargai usaha orang ramai yang berkongsi kisah mengenai Zalina di media sosial.


“Tapi saya harap dan merayu agar tolong ambil gambar atau video sekiranya bertemu dengan wanita yang mungkin Zalina atau menyerupai dirinya.


“Sebagai sahabat baik, sudah tentu saya mengenali fizikal, rupa paras dan penampilannya dengan lebih baik,” katanya kepada mStar.


Saya juga merayu agar tolong ambil gambar sekiranya ada bertemu dengan wanita yang dikatakan Zalina. Sebagai kawan baik, tentu saja saya mengenali fizikal dan penampilannya.

Ras Adiba memberitahu pencarian hari pertama di sekitar Shah Alam pada Selasa dilakukan sehingga pukul 3 pagi namun tidak berjaya menemui sebarang petunjuk.


Usaha itu diteruskan pada Rabu apabila Ras Adiba bersama beberapa rakan media memulakan misi mereka bermula 6 petang.


“Sebagai kenalan media, mari kita sama-sama teruskan usaha untuk menjejaki rakan kita.


“Sekali lagi saya pohon, jika ternampak individu menyerupai Zalina sila ambil gambar atau video untuk mudah saya kenal pasti,” ujarnya.


Pada malam Isnin lalu, pihak berkuasa memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.


Fizikal Zalina turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.


Anak lelaki Zalina membuat laporan tentang kehilangannya sejak 29 November tahun lalu selepas usaha mencari dan menghubungi sejak 24 November lalu gagal bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.


LihatTutupKomentar