#putrajaya إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Berita pemergian Allahyarham dikongsikan ahli keluarga yang menyatakan arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.30 pagi tadi.Baca Selengkapnya:

Putrajaya: Tokoh al-Quran dan guru taranum, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan ahli keluarga yang menyatakan arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.30 pagi tadi.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Nik Azizan.



Menurutnya, Allahyarham adalah tokoh al-Quran dan ilmu taranum yang banyak memberi didikan kepada qari termasuk kanak-kanak dan remaja di sekolah.

Katanya, sebelum ini Allahyarham aktif menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).



“Beliau juga banyak menyumbang bakti sebagai Ahli Jemaah Hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Semoga Allah SWT memberi keampunan serta merahmati segala jasa bakti Almarhum sepanjang berbakti dalam bidang pembangunan ilmu al-Quran dan dakwah di negara ini, “katanya.
LihatTutupKomentar