Tayang aurat di Olimpik, netizen luah rasa kecewa di media sosial

Sejak berlangsungnya kejohanan sukan Olimpik Tokyo, isu aurat dalam kalangan atlet wanita menjadi topik hangat di media sosial
Antara atlet yang menjadi perhatian adalah atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dan atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri.

 

Ramai yang mempertikaikan pakaian yang dipakai oleh kedua-dua atlet ini yang dikatakan sangat menjolok mata dan tidak sesuai dipakai wanita beragama Islam.

Malah, ada netizen yang mencadangkan supaya pihak kerajaan mempertimbangkan semula pengambilan atlet beragama Islam bagi mewakili negara dalam acara-acara yang mendedahkan tubuh seperti ini.






Situasi tersebut menyebabkan atlet 100 meter, Azreen Nabila turut terkena tempiasnya walaupun tampil berhijab.

Seorang pengguna Facebook bernama Hugh Lawrence Zehnder mempertikai pakaian Azreen Nabila yang tidak sama seperti yang dipakai oleh peserta lain.

Dia menyarankan supaya Azreen Nabila fokus kepada acara tilawah Al-Quran serta mahu pelari bukan Melayu mewakili negara dalam acara tersebut.

LihatTutupKomentar