Sebagai ibu bapa, tentu kita akan bawa anak-anak berjalan ketika ada masa lapang. Manakan tidak, mereka juga perlukan perhatian memandangkan kita sering sibuk dengan kerja.
Namun lain pula dengan cerita ‘rare’ yang berlaku baru-baru ini dimana bapa ini membawa anak-anaknya mandi sungai menaiki helikopter mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @elix.shah, dapat kita lihat helikopter berwarna merah itu dipandu olehnya dan dilihat ‘landing’ di kawasan lapang bersebelahan dengan sungai tersebut.
Difahamkan, sungai itu berlokasi di Besut, Terengganu. Lelaki ini juga merakam gelagat anaknya yang gembira mandi sungai.
Malah dia juga sempat berkongsi moment mereka berkelah bersama keluarga dan anaknya yang berjaya menangkap ikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat video tersebut malah berharap agar satu hari nanti dapat memilikinya.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan ingin ‘swap’ suka sama suka helikoper tersebut dengan keretanya.
Antara komen netizen:
“Bila nak dapat merasa.. hanya mampu tengok.. sampai sekarang kapal terbang pun tak pernah naik”
“Ingat masa kecik2 selalu lambai tangan kalau nampak benda ni lalu kat atas”
“Bestnya bawa jalan dengan kapal terbang, terbaik bang”
“The real sultan”
“Bang heli tu swap dengan kriss dapat tak?”
“best la tak jumpa roadblock hahaha”
“boleh lah nak naik heli gi bukit bintang, nak parking atas pavillion nanti”
“bagi link shopee ada tak bang?”
“Fuhh lain macam abang punya bersiar2 eh”