“Ekstra Seasoning..” Tular Video Gaul Ayam Tak Pakai Sarung Tangan, Netizen Geli🤣🤣

“Ekstra Seasoning..” Tular Video Gaul Ayam Tak Pakai Sarung Tangan, Netizen Geli


Baru-baru ini tular satu perkongsian menerusi satu akaun Instagram ini dipaparkan cara penyediaan ayam goreng di sebuah gerai.

Biarpun niat pemilik akaun media sosial tersebut adalah untuk mempromosikan gerai jualan tersebut, namun rakaman cara penyediaan ayam goreng tanpa sarung tangan ini membuatkan ramai menegurnya

Kebersihan dan cara penyediaan memang harus ambil berat lagi-lagi melibatkan makanan. Nak bagi orang makan bukan boleh buat main.

Kalau pelanggan dapat keracunan makanan ke, kesan sampingan ke dah satu hal juga.

Dalam satu perkongsian tersebut, boleh dilihat seorang lelaki sedang menggaul ayam yang sudah diperap sebelum nak menggoreng.

Lelaki tersebut dilihat tidak memakai sarung tangan dan fokus dalam mengaul ayam tersebut.

Lihat video penuh di sini:

Video Player
00:00
01:16


Uish nampak bersungguh betul dia menggaul tu. Tapi ‘lebih cantik’ kalau pakai sarung tangan kan?

Apa-apa pun perkongsian rakaman lelaki gaul ayam tanpa sarung tangan ini telah mencuri perhatian ramai.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menegur perbuatan tersebut seperti berikut:

“Extra Seasoning”


Min kalau nampak macam ni pun terus reject nak makan sebab kurang pula kebersihan penyediaan makanan.

LihatTutupKomentar