“Jangan Tepuk Kalau Ia ‘Landing’ Pada…”, Doktor Dedah Bahaya Charlie & Ini Cara Lawan Yang Betul
Kebiasaannya Paederus Dermatitis atau dikenali sebagai semut Charlie membiak di tempat kawasan yang mempunyai takungan air seperti di kawasan paya, pertanian dan kawasan sawah padi.
Namun kebanyakan orang awam sudah tentu tahu akan bahayanya serangga kecil tersebut. Pasti terbayang-bayang kesan luka pada kulit yang teruk akibat gigitannya yang dikatakan sangat gatal dan berbisa.
Sehubungan itu, ahli dermatologi, Dr. Aween Liana Kamal atau dikenali Dr_Aween_Liana di laman Twitter, berkongsi serta mendidik orang awam berkenaan serangga Charlie tentang tabiat, risiko dan cara menangani serangannya.
Dalam bebenang yang dikongsikan baru-baru ini, Dr Aween menjelaskan bahawa gigitan semut Charlie akan meninggalkan kesan kissing lesions atau ‘luka ciuman’ di mana luka terhasil daripada luka kulit pertama.
“Ini ialah ‘luka cium’. Ia disebabkan oleh kumbang Paederus. Anda mungkin jarang dengar dengan istilah Paederus, tapi saya yakin anda mesti selalu dengar (istilah) semut Charlie kan? Terutamanya yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya dalam bebenang itu.
Bukan semut, tapi kumbang
Walaupun pada asalnya ramai yang mengetahui Charlie sebagai semut namun ia sebenarnya merupakan sejenis kumbang yang bersayap.
“Ia sebenarnya tidak tepat untuk memanggil Charlie sebagai semut, sebab ia sebenarnya ialah kumbang. Sudah tentu (pada asalnya) ia dianggap semut sebab berjalan di atas tanah. Tapi semut kan tiada sayap dan Charlie ada. Sebab itu ia boleh terbang,” tambahnya.
Ujarnya, gigitan yang dipanggil ‘luka ciuman’ itu adalah ekoran serangga berkenaan merembeskan cecair toksin pada kulit yang menyebabkan kerengsaan berlaku.
“Apa-apa pun, sebab kenapa ia disebut ‘luka ciuman’ adalah bukan kerana kumbang Charlie itu cium anda. Its more of an acute irritant contact dermatitis.
“Anda boleh lihat, kumbang ini biasanya akan ‘bekerja’ pada waktu malam. Ia sejenis nocturnal macam kelawar. Ia akan bertebaran bebas di dalam bilik anda dan akan landing pada kulit anda secara tiba-tiba,” tambahnya.
Pada awalnya, mungkin tidak ramai yang menyedari akan gigitan serangga itu namun lama-kelamaan, tempat (kulit) yang digigit itu akan meninggalkan iritasi ekoran toksin yang dirembeskan olehnya.
“Anda tidak akan perasaan pada awalnya (ketika digigit), kemudian anda terus menepuknya (penyek). Kumbang itu mungkin mati, tapi kesan tepukan itu akan merembeskan cecair toksin ke dalam kulit.
Kredit: Dr Aween
“Katakanlah ia ditepuk antara dua permukaan di siku atau lutut, kemudian anda dapat dua luka atau ‘luka ciuman’! Macam ala-ala art work butterfly kita buat kecil-kecil dulu. Penah buat kan? Haha interesting kan?” katanya menerangkan mengenai gigitan Charlie.
Tambahnya, gigitan itu boleh hilang dengan sendiri namun apa yang merunsingkan orang ramai adalah parut yang ditinggalkan oleh Charlie.
Kredit: Dr Aween
“Biasanya, luka ini akan sembuh. Ia akan menghilang dengan sendirinya atau anda boleh sapukan steroid yang sesuai untuk membantu proses sembuh. (Namun) satu masalah lain menanti, kesan titik gelap pada kulit akibat gigitan tersebut,” katanya.