Kecoh Lelaki Mirip Wajah Ketua Pramugara MH370 Masih Hidup Di Sebuah Pulau. Ini Respond Anak Perempuan Kapten Tersebut Selepas Lihat Gambar Tersebut

Kecoh Lelaki Mirip Wajah Ketua Pramugara MH370 Masih Hidup Di Sebuah Pulau. Ini Respond Anak Perempuan Kapten Tersebut Selepas Lihat Gambar Tersebut


Misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali mendapat perhatian netizen ekoran tular satu video yang memaparkan wajah terkini mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Susulan itu, Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari tampil mengesahkan bahawa gambar yang tular terbabit bukanlah bapanya.

Maira Elizabeth mengakui dirinya dihujani mesej yang memaklumkan mengenai seorang lelaki yang dipercayai mirip bapanya dalam video tersebut.

“Saya diberitahu bahawa orang ini (gambar yang tular) ialah bapa saya atau kelihatan sepertinya.

“Saya hanya ingin menjelaskan dia bukan (bapa saya). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui ‘direct message’ (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas setiap satu mesej kerana terlalu ramai.

Baru-baru ini, misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kembali menjadi hangat apabila tular satu video yang memaparkan beberapa wajah terkini dipercayai mangsa-mangsa yang terlibat dalam kehilangan pesawat tersebut.

LihatTutupKomentar