“Masa tu Umur 5 Thun, Klu Sy Tenga Mndi..”- Puteri Balqis B0ngkar Perbuatan Bapanya Buat Ramai Terkejvt
SEJAK penampilan seksinya menjadi perhatian, pelakon remaja Puteri Balqis mula dihujani dengan pelbagai kritikan dan kecaman sehingga ada pihak sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadapnya di media sosial. Selain dilabel sebagai seorang hipokrit dan munafik gara-gara memuat naik video di Instagram dia sedang menari, Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, turut dipanggil dengan gelaran betina sundal.
Menerusi komen berkenaan, individu tersebut membuat tuduhan Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish sebagai seorang remaja yang tidak mempunyai rupa dan hanya mampu menjual tubuhnya. Tidak melatah dengan tohmahan kasar itu, Aqish dilihat tenang menjawab semua tuduhan berkenaan dalam nada sindiran menerusi Instagram Story miliknya. “Mana ada sundal. Biasa-biasa sahaja.
Selain tiada rupa dan menjual body, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi. Side income (pendapatan sampingan) bro, nak hidup. Nanti masuk Bersamamu lagi sekali, kau juga yang bising. “Saya tidak pernah berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah tetapi jika diberi peluang saya akan cuba berkolaborasi dengan Baby Shima. Siapa tahu gelekan saya lebih padu. Mantap Pak Leman,” tulisnya.
Dalam pada itu, tidak hanya dituduh sebagai betina sundal, Aqish turut berkongsi komen seorang individu yang mencadangkan agar dia mengambil dadah. Balas Aqish, dia belum terfikir untuk bergaul dengan individu yang terlibat dengan ddah dan lebih gemar bersahabat dengan haiwan seperti anjing dan kucing. “Buat masa ini belum terfikir lagi sebab ibu saya sendiri tidak bergaul dengan manusia seperti pakcik dan isteri pakcik.
“Jadi agar sukar untuk mendapatkan bekalan dadah kerana kami belia benci manusia,” katanya dalam nada sindiran. Keberanian Aqish membidas semua komen buruk dan biadab terhadapnya memperlihatkan sisi lain pelakon berbakat besar itu yang tidak mudah dibuli oleh orang lain. Sebelum ini, kisah Aqish pernah menjadi perhatian kerana melalui kehidupan sukar bersama ibunya Norashikin Mohd. Aziz sehingga kehidupan mereka dipaparkan dalam program Bersamamu terbitan TV3. Sumber: viralkini