Rumah Zalina Azman Didatangi Pasukan Forensik Bukit Aman?

Rumah Zalina Azman Didatangi Pasukan Forensik Bukit Aman?

Misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih menjadi tanya tanya.
Terbaharu, kehadiran pasukan forensik Bukit Aman di rumah Zalina menimbulkan pelbagai persoalan penduduk di kawasan perumahan terbabit.


Pasukan forensik tiba di rumah Zalina
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya mengesahkan mengenai kehadiran pasukan forensik yang tiba di rumah bekas personaliti TV3 itu pada pagi, semalam.

Kira-kira jam 10 pagi semalam pihak Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Orang Hilang (OH) itu. Ia bagi mencari jika ada terdapat bukti-bukti baru.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang perkembangan positif berhubung kes kehilangan Zalina.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan tiada apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini.

Terdahulu, kehilangan Zalina dilaporkan oleh anak lelakinya sendiri iaitu Mikhael Norman selepas gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021.
LihatTutupKomentar