Sejak kebelakangan ni, semua orang dah trauma bilanampak kes kes gini, semua ingat kes culik🥺🥺

Tular Video Dakwa Budak Diculik Di Hadapan Sekolah, Rupanya Kes Berebut Anak



Polis mengesahkan insiden seorang murid perempuan yang dilarikan di hadapan sebuah sekolah di Kepala Batas seperti yang tular di media sosial sejak Khamis lalu bukan kes culik seperti didakwa rata-rata warganet.

Bukan kes culik tapi berebut anak..

Foto: Sinar Harian

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kes tersebut tiada kaitan dengan cubaan menculik sebaliknya kes perebutan hak penjagaan anak melibatkan seorang wanita dan bekas menantu perempuannya. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang menyatakan cucunya berusia sembilan tahun dilarikan bekas menantunya menaiki sebuah kereta ketika pulang dari sekolah.

Dalam kejadian ini, pengadu (nenek mangsa) yang mengalami kecederaan datang ke balai polis untuk membuat laporan bagi siasatan selanjutnya.

Suspek juga turut membuat laporan polis menyatakan mangsa kini selamat berada di bawah jagaannya dan menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam serta polis bagi menjalankan siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati perebutan hak penjagaan ini berlaku sejak ibu dan bapa kanak-kanak itu berpisah pada 2013 dan proses tuntutan hak penjagaan masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

LihatTutupKomentar