Shahir selamat bergelar suami

Shahir selamat bergelar suami


Subang Jaya: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Shahir Zawawi, 34, kini sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin, 33, jam 9.10 malam, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche di majlis akad nikah yang berlangsung di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center, di sini.

Dalam majlis itu, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) menyerahkan hantaran berjumlah RM20,000, manakala mas kahwin sebanyak RM300.

Shahir meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua belah pihak

Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit".


"Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya.


Majlis itu turut disaksikan jurunikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa Shahir, Zawawi Abdullah dan dua anggota keluarga.


Pihak keluarga pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang

Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman keluarga Jaskin di Tawau, Sabah


LihatTutupKomentar