Terkini Didakw4 Melarikan Diri Bay4r Hut4ng RM720k, Mawar Karim Berdepan Risik0 Bankr4p-.

Terkini Didakw4 Melarikan Diri Bay4r Hut4ng RM720k, Mawar Karim Berdepan Risik0 Bankr4p-.

Usahawan selebriti, Mawar Karim dikatakan bakal berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrup, sekiranya gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat.

Mawar pinjam duit buat modal perniagaan
Berdasarkan laporan Mstar, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan membuat pinjaman daripada seorang rakan kenalan, Nabil Mat Yahya atas tujuan modal memulakan perniagaannya.

Gagal bayar ikut tempoh ditetapkan
Difahamkan, Mawar meminjam wang sepanjang RM 720,000 daripada Nabil.

Menurut peguam mewakili pihak Nabil, Nik Zarith, Mawar dilihat gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 seperti yang terkandung dalam perjanjian.

Notis tuntutan telah dihantar, tapi….
Tambah Nik Zarith, pihaknya telah menghantar notis tuntutan bayaran selepas 10 bulan ibu kepada seorang anak itu dikatakan gagal membuat pembayaran kepada anak guamannya.

Pada masa yang sama, pihaknya telah memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu dan pihak mahkamah telahpun mengeluarkan penghakiman ingkar hadir kepada Mawar,namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Dia boleh menjawab secara terus atau lantikan peguam memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah.”

Bayar semula sebelum isytihar bankrap!
Nik Zarith menegaskan Mawar perlu menjelaskan semula hutang yang dipinjam sebelum pihaknya bertindak melakukan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank usahawan itu sendiri.

“Jika jumlah masih tak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau harta milik Mawar bakal dilelong.”katanya

Diharapkan pihak daripada Mawar Karim tampil memberikan sebarang maklum balas mengenai isu tunggakan hutang ini.

LihatTutupKomentar