Didakwa Tinggal Ibu Sedang Sakit Untuk Jumpa Kekasih, Ini Punca Lelaki Tendang & Libas Selipar Dekat ‘Adik’?

Didakwa Tinggal Ibu Sedang Sakit Untuk Jumpa Kekasih, Ini Punca Lelaki Tendang & Libas Selipar Dekat ‘Adik’?

Baru-baru ini, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.
Terbaru, menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut didakwa berpunca daripada masalah keluarga dan dipercayai berlaku di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.


Tinggal ibu?Difahamkan kejadian itu berlaku kerana lelaki berkenaan yang didakwa abang kepada gadis itu terlalu marah kerana gadis itu dikatakan meninggalkan ibunya yang sedang sakit untuk berjumpa dengan kekasihnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu ataupun tidak. Tambah Zaidi, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

LihatTutupKomentar