Doa Tambah Isteri Secara Berjemaah, Tindakan Jabatan Agama Ini Undang Pertikaian Netizen

Selain itu, jabatan ini turut bertanggungjawab menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidangkuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang.alam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah perkongsian video menerusi Twitter @RajaMohdShahrim yang melihatkan seorang lelaki bersongkok yang berdoa secara berjamaah agar melimpahkan rezeki dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.


Doa yang dilakukan secara berjemaah serta diaminkan ramai ini nyata menimbulkan pelbagai pertikaian di kalangan netizen yang pelik dengan tindakan jabatan agama untuk berdoa agar dapat berpoligami secara berjemaah dan di hadapan khalayak ramai. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Untuk pengetahuan, lelaki Islam yang beriman dibenarkan untuk berkahwin dengan empat isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Dalam erti kata lain, adil yang dimaksudkan mampu berlaku adil kepada diri sendiri, isteri, anak-anak, pemberian nafkah dan juga penyediaan tempat tinggal.

Kemas kini: pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil menegur tindakan Ketua Imam di sebuah masjid yang tular baca doa tambah isteri. Difahamkan bacaan tersebut berada di luar teks doa yang ditetapkan pihak penganjur


LihatTutupKomentar