Gadis Nangis Disihir Rakan Sekolah, Cemburu Dapat Nombor 1 Dalam Kelas

Gadis Nangis Disihir Rakan Sekolah, Cemburu Dapat Nombor 1 Dalam Kelas 


“Saya takde salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ni? Saya nak jadi cantik macam dulu” Selalunya jika bercakap tentang sihir, ia biasanya dilakukan oleh golongan dewasa termasuklah orang-orang tua. Namun sedihnya, 

gadis bernama Irma ini berdepan dugaan berat kerana sudah mula disantau sejak usianya 14 tahun lagi. Justeru itu, kesihatannya mula merosot saban hari hinggakan dia lumpuh sepenuhnya sekitar tahun lalu. 1 badan mula jadi hitam, rambut gugur sehingga botak…

Cuma boleh tidur 30 minit sehari Pada awalnya, ibu bapa Irma tidak mengesyaki apa-apa meskipun anak mereka kerap berulang-alik ke pusat perubatan kerana mengadu badannya merasa kurang selesa dan keperitan. Setelah melihat keadaan itu tidak membaik, barulah mereka mengambil keputusan berjumpa dengan perawat Islam sebelum mengetahui kisah sebenar. 


Rakan 6 tahun berturut-turut dapat nombor 1…Cemburu Irma pecahkan rekod Si bapa bertegas dia langsung tidak ada masalah dengan si pelaku yang disebutkan. Justeru itu, mereka pelik mengapakah individu berkenaan menghantar santau kepada Irma hingga merosakkan hampir 100% kehidupannya. Rupa-rupanya asbab cemburu gadis berkenaan dapat menduduki tempat pertama dalam kelas, ia menjadi motif di sebalik perbuatan terkutuk itu. 

“Irma tak suka makan ikan & daging. Saya ingat kesihatan dia terjejas sebab kurang nutrisi. Sebelum ini Irma cuma dapat nombor 3 atau 4 sahaja. Tapi dia mula belajar dengan sungguh-sungguh & akhirnya raih nombor 1. Tapi rakannya kurang senang”

 Nafsu makan saya berkurang….Kalau isi nasi ke mulut pun keluar balik Dengan wajahnya yang sudah rosak, Irma gagal menahan tangisan memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya sebegitu rupa. Namun berkat diruqyah seorang perawat Islam, keadaannya semakin membaik berbanding dulu termasuklah tidak lagi panas apabila mendengar ayat Al-Quran meskipun badannya dikatakan ada 5 penunggu. “Saya takde salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ni? Saya nak jadi cantik macam dulu. 
LihatTutupKomentar