Guru besar dipukul istri buat laporan polis, rakaman CCTV sebagai bahan bukti

Guru besar dipukul istri buat laporan polis, rakaman CCTV sebagai bahan bukti 

Guru besar dipukul istri buat laporan polis, rakaman CCTV sebagai bahan bukti "Saya tak mahu pukul atau 'naik tangan' ke atas istri saya sebab saya seorang guru besar,

 sebagai guru saya tidak mahu mengasari kaum wanita. Biarlah undang-undang yang mengambil tindakan ke atas dia" katanya Seorang guru besar melaporkan kepada pihak polis bahawa dirinya sudah tidak tahan sering dipukul istrinya di rumah. 

Lelaki itu mengadu bahawa istrinya sering memukulnya menggunakan objek seperti periuk, batang besi dan kayu kriket. Serangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal tetapi mental juga katanya. 

Di dalam kandungan rakaman CCTV yang dipasang dalam rumahnya memaparkan tindakan istri mangsa menyerang mangsa menggunakan kayu kriket dan memukulnya berkali-kali sambil disaksikan oleh anak lelaki mereka.  


Menurut mangsa, mereka sudah 7 tahun bernikah dan pada awalnya hubungan mereka baik dan bahagia sebelum insiden serangan itu berlaku. 


Mangsa juga menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan pernah membalas serangan itu dengan memukul istrinya demi menjaga nama baik profession mangsa sebagai guru besar.  


"Saya tidak akan pernah memukul atau 'naik tangan' ke atas istri saya sebab saya seorang guru besar, sebagai guru saya tidak mahu mengasari kaum wanita. Biarlah undang-undang yang mengambil tindakan ke atas istri saya" katanya . 
LihatTutupKomentar