Membesar sama2, wanita ini tak sangka kawan masa tadika akhirnya jadi suami

Selalu kita dengar ayat ini ‘kalau dah jodoh tidak ke mana’, kadang-kadang itu sebenarnya jodoh yang selama ini dinantikan sebenarnya adalah orang yang tidak pernah kita jangka.

Begitu juga dengan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Fifie di Twitter, kisah pertemuannya dengan suami, Hafis Hanifah, masing-masing berusia 21 tahun, menarik perhatian ramai kerana perkenalan mereka bermula sejak mereka kecil lagi.

Kawan dari tadika sampai kahwin

Siapa sangka, orang yang selama ini hanya dianggap rakan sebaya yang membesar bersama-sama, ternyata rupanya jodoh yang telah ditentukan Allah.

LihatTutupKomentar