Pencuri baju dalam wanita, simpan dalam bilik tidur buat "harta" ditahan

Pencuri baju dalam wanita, simpan dalam bilik tidur buat "harta" ditahan 


BENTONG: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki mencuri sejumlah pakaian dalam wanita dalam serbuan di rumah sewanya di Kampung Kemasur, di sini, kelmarin.

 Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.

 "Ketika lelaki berkenaan berada di rumahnya, dia dimaklumkan jiran terdapat seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan rumahnya jam 3 petang, semalam (kelmarin). 

"Tidak lama kemudian, anak perempuan kepada lelaki terbabit berusia 20-an memberitahu bahawa beberapa pakaian dalam milik anaknya didapati hilang dari ampaian belakang rumah mereka," katanya dalam kenyataan, semalam. Zaiham berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing yang juga penganggur berusia 36 tahun di rumahnya di Kampung Kemasur, di sini, jam 11.30 malam, kelmarin.

 "Lelaki itu berjaya dikesan hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa. 

"Hasil serbuan dilakukan di rumah suspek, kami menemui sejumlah besar pakaian dalam wanita yang dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian di dalam biliknya," katanya. Katanya, setakat ini, pihak polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian seumpama itu.

 "Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek melakukan perkara berkenaan di kawasan lain dalam daerah ini," katanya. VIDEO TANGKAPAN PENCURI BOLEH TONTON DI TELEGRAM KAMI TANPA TAPISAN Beliau berkata, suspek direman selama 14 hari mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.. 
LihatTutupKomentar