"saya lari tak cukup tanah",- shahida menjerit sakit. alami pendarahan ,aliff syukri risau keadaan isteri & kandungan

Aliff Syukri lari tak cukup tanah, isteri tiba2 menjerit alami pendarahan teruk



Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak ke-6 selepas tular video terlihat baby bump sewaktu bersiar-siar bersama keluarga.

Khabar tersebut sudah tentu menghadirkan rasa gembira dan para peminat mengucapkan tahniah diatas kehamilannya dan mendoakan agar urusannya dipermudah sehingga bersalin nanti.

Isteri menjerit alami pendarahan

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Aliff Syukri di media sosial, dia telah menceritakan detik cemas apabila isterinya mengalami pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke  hospital.

Doktor suruh berehat lama

Walau bagaimanapun, usahawan itu memaklumkan denyutan jantung anaknya yang didalam kandungan berada dalam keadaan baik dan isterinya juga stabil.

Namun, doktor menasihatkan supaya Datin Shahida berehat untuk tempoh 3-5 bulan bagi mengelakkan sebarang komplikasi tidak diingini sehinggalah uri naik semula.

“Alhamdulillah dr dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok…cuma isteri saya kena baring je dan rest utk 3-5bulan sbb akan bahaya utk ibu dan baby……sampai la uri naik semula…doakan semuanya dipermudahkan…” tulisnya.

Mudah-mudahan ibu dan kandungan dalam keadaan sihat

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Datin dan kandungannya berada dalam keadaan sihat kerana bimbang dengan kondisinya saat ini.

Mereka juga menasihatkan supaya Shahida banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja berat kerana sedar risiko ibu-ibu hamil ini agak besar.

Kena banyakkan berehat dan baring

Semoga urusan datuk dan datin dipermudah

LihatTutupKomentar