Video - 2 lelaki dipuji selamatkan wanita dalam kebakaran

Video - 2 lelaki dipuji selamatkan wanita dalam kebakaran 

 lelaki dipuji selamatkan wanita dalam kebakaran "Tindakan berani dua individu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam satu kebakaran rumah dipuji orang ramai." 

PETALING JAYA – Tindakan berani dua individu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam satu kebakaran rumah dipuji orang ramai. Menerusi satu hantaran di laman sosial babytiggerofficial memaparkan situasi dua lelaki sedang memanjat bumbung sebuah rumah yang sedang mengami kebakaran. 

Video berdurasi 51 saat, itu turut menunjukkan dua lelaki itu terpaksa memecahkan grill tingkap bagi mengeluarkan dan  menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam rumah tersebut. Rata-rata orang ramai memuji tindakan berani kedua-dua individu itu.

 “Ini Malaysia, seorang dalam masalah, orang lain akan tolong tidak siapa diri anda,” kata @Hemandy.
 “Alhamdulillah moga Allah permudahkan perjalanan dunia akhirat, aminnn,” tulis @Mohd Nizam Abu Bakar. Sementara itu, @Samurai Lagenda turut memuji tindakan kedua-dua individu itu. 

“Saling membantu macam ini lah kita mahu ada di Malaysia, sebelum pihak berkuasa datang kita buat apa patut untuk selamatkan mangsa,” ujarnya..
LihatTutupKomentar