Benarlah cinta tak mengenal usia' janda 5 anak kahwin dengan pemuda pemandu lori

Benarlah cinta tak mengenal usia'


Kuala Lumpur: Jarak umur 23 tahun tidak menghalang seorang lelaki memilih pasangan yang juga ibu tunggal anak lima menjadi suri hatinya.

Itu perkongsian dibuat pengguna akaun TikTok @geemie8599 mengenai perkahwinannya dengan wanita berusia 47 tahun yang menarik perhatian netizen hingga menjadi tular.

Difahamkan, ketika berkahwin lelaki itu baharu berusia 21 tahun dan isterinya 43 tahun.

Menurutnya, dia berkenalan dengan isterinya di laman Facebook dan usia perkahwinan mereka kini sudah mencecah empat tahun.

"Kenal di Facebook Mei, bulan Ogos terus kahwin. Pakej anak lima. Alhamdulillah, dah empat tahun berumah tangga," katanya.

Lelaki itu juga berkongsi, dia memperisterikan wanita itu kerana status ibu tunggal selain mahu menolong wanita berkenaan.

"Tegur-tegur macam tu saja dan bila tahu dia dalam kesulitan dengan suami meninggal dunia dan anak masih belajar, saya ajak kahwin. Nak tolong," katanya yang membalas pertanyaan pengguna lain mengenai apa yang membuatkan dia terpikat pada isterinya.

Pemandu lori berusia 24 tahun itu turut berkongsi, usia anak tirinya sebaya dengannya.


"Pada mulanya kekok juga sebab anak sulung saya. Tapi Alhamdulillah mereka semua hormat saya walaupun muda. Sebagai bapa saya menjalani tanggungjawab saya sepenuhnya.


Doakan kami bahagia hingga ke jannah, " katanya.


Seorang lagi pengguna bertanya bagaimana penerimaan keluarganya kerana mahu berkahwin dengan wanita berusia.


"Mak abah tak kisah. Sebab saya pandai berdikari. Janji anaknya bahagia," katanya.


Menerusi satu lagi hantaran video, dia berkata, isterinya sentiasa menemani di sisi.


"Empat tahun kami berumah tangga dari mula kahwin sampailah sekarang boleh dikatakan 24 jam ada dengan saya. Inilah rutin harian saya atas lori.


"Mana-mana saya pergi mesti akan bawa. Rezeki anak isteri katakan. Amanah yang Allah berikan pada saya untuk menjaga dia. Insya-Allah, selagi saya bernyawa saya akan hargai hingga nafas 


," katanya.

LihatTutupKomentar