Hantaran 22k Dah Macam Nak Jual Anak Tapi Lelaki Ni Nekad Setuju. Mengejutkan Pengantin Lelaki Tu Ambil Mic Lepas Selesai Akad Dan Terus Lepaskan Isteri Dgn Talak 3

Hantaran 22k Dah Macam Nak Jual Anak Tapi Lelaki Ni Nekad Setuju. Mengejutkan Pengantin Lelaki Tu Ambil Mic Lepas Selesai Akad Dan Terus Lepaskan Isteri Dgn Talak 3


Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Lama juga aku bekerja sendiri sebagai photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh dan lalui. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu. Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal sangat wehh, tetapi si lelaki ini telah bersetuju.

Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya. Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuian memang gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu.

Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad. Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!” Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup. “Apsal tak cukup duit RM1,000?” tanyanya. Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!

”Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata, “Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya lepaskan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu. Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun banyak boleh je lelaki kaya ini petik. Kau cuba download dan buka WeChat, berapa ramai yang sanggup serah diri mereka secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke?

Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup, Bakal Pengantin Kena Buat 13 Tip Ini. No. 3 Lelaki Paling Suka!

Sudah lama menjalinkan cinta pasti anda mengharapkan ikatan yang dibina berakhir dengan sebuah perkahwinan. Namun ramai pasangan yang terpaksa menangguhkan hasrat untuk berkahwin apabila duit simpanan masih tak mencukupi.

Maklum sajalah, nak kahwin bukanlah semudah yang disangka. Bagi anda yang berdepan dengan masalah tak cukup duit tapi berhajat nak kahwin, anda boleh ikuti 13 tip yang dikongsikan oleh Harith Faisal ini (beliau menjawab soalan yang dikemukakan

oleh Cik NH). Jangan hanya mula menyimpan bila anda dah nak kahwin, silap-silap lambat la jawabnya. Sebaiknya mulalah menyimpan sebelum anda berjumpa dengan calon. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.

Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan. Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran.

Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti. Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana?

Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan. Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan.

LihatTutupKomentar