Jarak 3 Meter Je” – Kemalangan Sebab Elak ‘Kelibat’, Polis Datang Terjumpa Mayat Wanita Dah Reput

Jarak 3 Meter Je” – Kemalangan Sebab Elak ‘Kelibat’, Polis Datang Terjumpa Mayat Wanita Dah Reput


Kemalangan yang berlaku kepada seorang anggota tentera baru-baru ini membongkar kepada satu penemuan mayat wanita yang sudah reput.

Mayat tersebut dijumpai oleh pihak polis ketika sedang menjalankan siasatan tentang kemalangan membabitkan Proton Iswara Aeroback itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar Tambun, Ipoh pada 12 Oktober lepas.

Terdahulu, anggota tentera tersebut dilaporkan terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan ketika cuba mengelak satu ‘kelibat’ yang melintas di depan keretanya kira-kira jam 5.25 pagi.


Sementara itu, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tersebut mendapati mangsa mati akibat dicekik dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes dari pelbagai sudut dan mangsa dipercayai seorang wanita tempatan berusia 23 tahun.

Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati terdapat persamaan mangsa dengan seorang individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Sehubungan itu, Mohd Yusri meminta  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi Ketua Balai Polis Tambun Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222 491 bagi membantu siasatan.

LihatTutupKomentar