nad-zainal-tak-sedarkan diribdi icu kali terakhir jumpa masa tu dia bagitahu..

nad-zainal-tak-sedarkan diribdi icu kali terakhir jumpa masa tu dia bagitahu


AMPANG: Pelakon, Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di sini, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Teman baiknya, Aina Liza memberitahu, Nad, 32, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin dan ketika ini dipantau di ICU.

Saya difahamkan Nad Zainal alami jangkitan kuman pada paru-paru. Tetapi saya tidak tahu bila dia mendapat jangkitan itu.

"Maklumat daripada pembantu peribadi Nad menyatakan dia baru dimasukkan ke ICU. Namun, doktor beritahu Nad stabil cuma masih ditempatkan di ICU.

"Sebelum ini, Nad ada berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Namun, saya fikirkan ia tidak serius.

"Mungkin keadaan ini berpunca daripada 'long COVID'. Namun, saya tidak pasti apa punca sebenar," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Aina memuat naik entri pada Instagram (IG) Story merayu peminat mendoakan Nad yang dirawat di ICU.

"Mohon semua doakan Nad yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya... Amin," katanya.

Sementara itu, pelakon yang juga rakan baik Nad, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz turut memohon doa peminat agar aktres itu cepat sembuh.

"Saya mohon doa semua kepada Nad yang dimasukkan ke ICU hari ini (semalam) akibat jangkitan paru-paru.

"Beberapa prosedur sudah diambil. Nad stabil mengikut kata doktor. Namun, Nad benar-benar tidak sihat... Mohon doa semua ya.

"Allahumma yashfihaa," luahnya melalui hantaran di IG Story.

LihatTutupKomentar