Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang

Baru Saja Dilantik Menteri Komunikasi Digital, Sekali Tweet YB Fahmi Buat Ramai Tak Senang


KUALA LUMPUR – Petang tadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuatnaik ciapan di laman Twitter tentang sebuah kereta yang kelihatan usang dan kemik di sana sini.

Ciapannya itu berbunyi “kereta ni macam kereta perang.”, “cukup sifat ni.” dan “Ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni.”.

Sebaik ciapan tersebut dimuat naik, para netizen mula memberikan pelbagai reaksi antaranya menasihatkan Pengarah Komunikasi PKR supaya tidak memandang rendah orang lain.

Ada juga yang mahu supaya Fahmi supaya menarik balik ciapan tersebut yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan keterlaluan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dialami oleh pemilik kereta berkenaan.

Seorang netizen tampil dengan ciapan memaklumkan kereta tersebut adalah milik rakannya yang bekerja sebagai ‘grab food driver’ dan menjaga ibu-bapanya.

“Kami tahu gaji YB sangat tinggi, tetapi tolong jangan mentertawakan kemiskinan orang lain, YB,” katanya.

Mengakui beliau sepatutnya lebih sensitif, Fahmi kemudiannya memadam ciapan tersebut dan memohon maaf.

“Petang tadi saya telah tulis satu tweet mengenai keadaan sebuah kereta yg saya temui.

“Setelah meneliti maklumbalas & komen2 warganet, dan setelah muhasabah & berfikir panjang, saya akui tweet tersebut tidak patut saya tulis dan ingin memohon maaf. Seharusnya saya lebih sensitif,” katanya.

Responnya itu mendapat perhatian netizen. Rata-rata mahu Fahmi turun mendekati rakyat dan bukannya membuat komen melulu.

Mereka bertanya adakah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan membiarkan ciapannya itu jika tidak ditegur oleh netizen?

Ada juga yang mengalu-alukan permohonan maaf itu namun kata mereka adalah lebih mulia jika Fahmi meminta maaf kepada pemilik kereta itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dinamakan sebagai Menteri Komunikasi Digital di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggantikan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Advertisement

Selain itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pula dilantik sebagai Menteri Pelancongan menggantikan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Senarai Kabinet itu diumumkan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, malam ini.

LihatTutupKomentar