Beza usia 32 tahun, netizen kagum lihat pasangan ini hidup bahagia bersama
Beza usia 32 tahun
Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia menceritakan kisah percintaannya yang memilih suaminya sebagai peneman hidup meskipun mempunyai beza usia 32 tahun.
Difahamkan, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala suaminya, 61 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan syukur sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan perempuanWah! Jauhnya jarak usia
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila wanita itu menerima seadanya suaminya itu meskipun mempunyai jarak usia yang jauh.
Bahkan, ada juga segelintir wanita di ruangan komen yang mendedahkan mereka juga berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia daripada mereka.
Malah, netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke syurga dan segala urusan dipermudahkan kelak