Terkini] Anak yatim maut di Suke , ” Meraung rakan disisi jasad Amir kaku dijalan ” (5Gmbr)

Terkini] Anak yatim maut di Suke , ” Meraung rakan disisi jasad Amir kaku dijalan ” (5Gmbr)

Ampang : Motosikal hilang kawalan lalu terbabas, menjadi punca seorang lelaki men1nggal dunia di Kilometer (KM) 18.9 Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dari arah plaza tol Ampang menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Laporan awal mengesan keluarga arw4h yang berada di Johor ” Kami mencari waris keluarga arwah AMIRUDIN AHMAD BIN ABDULLAH yang kem4langan tengah malam tadi di highway Suke, Ampang.

Arw4h difahamkan menghuni di rumah kebajikkan di Serendah, Selangor dan ibu arwah menetap di Johor, mohon sesiapa yang mengenali keluarga arwah boleh menghubungi rakan arwah untuk urusan pengecaman dan urusan pengebumian – Arsyad Fuad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan itu berlaku kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati, kem4langan berlaku di jalan berselekoh lebuh raya tiga lorong satu hala dipisahkan dengan tembok batu di tengah jalan.

Kem4langan dipercayai berlaku apabila m4ngsa Amirudin Ahmad Abdullah berusia 20an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh tersebut

Motosikal berkenaan kemudiannya terbabas ke lorong kanan jalan lalu bergesel dengan tembok batu di tengah jalan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan terseret di atas jalan dan mengalami kecederaan dibahagian muka sebelah kanan dan pendarahan pada kepala.

M4ngsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Ampang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,Tiada rakaman sistem kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Bin Muhamat Basir di talian 011-13078348. Alfatihah.

LihatTutupKomentar