TIKTOKHasil makan lauk bawang & garam, pekerja asing berjaya simpan RM800,000

Hasil makan lauk bawang & garam, pekerja asing berjaya simpan RM800,000


Pelbagai cara yang digunakan untuk menyimpan wang untuk kebahagiaan diri dan keluarga.

Selain mengurangkan hutang dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, ada yang sanggup mengikat perut dengan makan seadanya untuk meneruskan kehidupan.

Tular video mengenai seorang pekerja asing dari Bangladesh, dia hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja.

Lebih kagum dia berbuat demikian untuk membuat simpanan wang untuk keluarganya.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pokchek906 di laman TikTok berdurasu 1 minit 6 saat telah meraih 1.7 juta tontonan.


Dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk. Malah sempat bertanya simpanan lelaki berkenaan.


Difahamkan lelaki berkenaan mempunyai simpanannya telah mencecah RM800,00! Katanya hasil simpanan itu telah berjaya memiliki tanah dan rumah.

LihatTutupKomentar