ᴀʟʟᴀʜᴜ ᴀᴋʙᴀʀ.. ꜱᴏʟᴀᴛ ᴅᴀɴ ꜱᴜᴊᴜᴅ ꜱʏᴜᴋᴜʀ ᴘᴇʀᴋᴀʀᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀ ʟᴀᴋᴜᴋᴀɴ ꜱᴇᴛᴇʟᴀʜ ᴋᴇʟᴜᴀʀ ᴅᴀʀɪ ᴋᴇʀᴇᴛᴀɴʏᴀ ʏᴀɴɢ ʀᴇᴍᴜᴋ ᴀᴋɪʙᴀᴛ ᴅɪʟᴀɴɢɢᴀʀ ʙᴀꜱ ᴅᴀɴ ᴛᴇʀʙᴀʟɪᴋ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴋᴀʟɪ. ʙᴇʀꜱʏᴜᴋᴜʀ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴅɪʙᴇʀɪ ᴘᴇʟᴜᴀɴɢ ᴜɴᴛᴜᴋ ʜɪᴅᴜᴘ ᴅɪᴍᴜᴋᴀ ʙᴜᴍɪ ᴀʟʟᴀʜ ꜱᴡᴛ.

Lelaki ini dalam perjalanan ke wilayah Aydın, Turki, ketika sebuah bas mel4nggar keretanya dan terb4lik beberapa kali. Semua 0rang menyangka pemandu itu m4ti, tetapi dia selamat.

Perkara pertama yang dia lakukan setelah keluar dari kereta adalah menunaikan solat dan sujud syukur, kemudian menelef0n keluarganya.

“Bagaimana saya dapat melupakan Tuhan saya ketika Dia dengan bermurah hati memberi saya peluang untuk hidup”

Dalam Islam, sujud syukur boleh dilakukan ketika mendapat khabar gembira atau terlepas daripada musibah

Terdapat 4 langkah untuk melakukan sujud syukur dengan cara yang betul:

1)Pastikan anda sudah mengambil wudhu dan diri anda dalam ke4daan berwudhu.

2)Menghadap kiblat.

3)Membaca niat sebelum anda memulakan sujud syukur.

4)Mengangkat takbiratul ihram sebelum ke posisi sujud.

Sujud (Anda hanya perlu melakukan sujud sekali sahaja).

Bangun daripada sujud (duduk antara dua sujud) dan memberi salam.

Niat sujud syukur

Untuk memudahkan, ini niat dalam Bahasa Melayu:

“Sahaja aku sujud syukur sunat kerana Allah Ta’ala”

Bacaan ketika anda sedang sujud syukur

Untuk bacaan dan doa dalam Bahasa Melayu, boleh baca dalam hati sahaja:

“Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung”

Sekiranya anda mengalami kesuk4ran untuk mengingatinya, tid4k mengapa anda boleh sahaja membaca bacaan yang selalu dibaca sewaktu sujud atau cukup anda ucapkan “Alhamdulillah”.

Syarat sah sujud syukur

-Berwudhu’.

-Menghadap kiblat.

-Menutup aurat.

-Suci daripada hadas dan tempat sujud bersih.

Sujud syukur tanpa wudhu dan tak menghadap kiblat??

LihatTutupKomentar