Bukan sahaja dip4ndang ser0ng, malah t4waran l4konan juga kur4ng diter1ma dalam tempoh dua tahun.
Kini, insaf dan lebih menghargai kehidupan dan kerj4ya, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Duri Di Hati pada 2013 itu mahu memperbaiki diri ke arah lebih baik, selain membukt1kan mem1liki bakat untuk dipertaruhkan, bukannya hanya p0pular disebabkan k0.ntroversi.
Sebelum ini, nama Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Elyzza Rohishim pern4h ‘dig4m’ daripada dunia l4konan disebabkan k0.ntroversi video aksi panas dalam aplikasi Bigo bersama pelakon, Fathia Abdul Latiff pada 2017.
Natasha berkata, apa yang terjadi membuatkannya dua tahun digam dan tidak bekerja.
“Saya rasa sedih dan kehilangan diri sehingga fikir tiada lagi peluang untuk berlakon.
“Saya dengar ramai menyangkakan jika memberikan kerja, risau saya buat hal. Namun, Alhamdulillah, ramai mula memberikan peluang selepas ada rakan menjelaskan perkara yang berlaku. Ia bukannya kesalahan saya 100 peratus.
“Dari situ, saya perlahan-lahan aktif semula berlakon dan sekarang, saya bernaung di bawah syarikat pengurusan, Prodigy. Mereka banyak membantu saya.
“Kini, saya tidak sangka dapat kembali, jadi benar-benar mahu buktikan saya boleh menjadi lebih baik. Ini adalah peluang terakhir untuk saya membuktikan saya bukan lagi seperti dahulu,” katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja dan Setelah Terlafaznya Akad itu berkata, dia tidak menyesali dengan apa yang berlaku dahulu.
“Jika tidak berlaku, mungkin saya tidak akan matang. Sekarang, saya sudah banyak berubah.
“Memang masa muda, saya seperti ‘monyet’, tetapi sekarang lebih ayu. Alhamdulillah. saya sudah belajar dan tahu bagaimana mahu bercakap dengan orang.
“Kalau dahulu, saya jenis bercakap tanpa berf1kir, tetapi sekarang, lebih berhati-hati.
“Sekarang juga saya lebih hati-hati dalam mem1lih kawan. Saya tidak boleh percaya orang dengan mudah,” katanya.
Natasha berharap dapat mengembangkan kerjaya dan membuktikan b4kat dimiliki.
“Ramai yang anggap saya tiada bakat, jadi saya nak tunjuk. Menerusi sebuah drama, penonton mula mey4kini saya boleh berlakon.
“Jujurnya, Micheal Ang banyak membantu ketika saya jatuh dahulu. Dia menel3fon dan berj4nji mahu memb4ntu saya.
“Awalnya, saya hanya diberikan watak kecil untuk perlahan-lahan bangkit. Lama kelamaan, Michael memberi watak besar seperti menerusi drama The Hotel. Alhamdulillah, Michael banyak sangat berjasa,” katanya.
Muncul dengan drama drama bersiri terbaharu, Remang di TV3, dia tidak hanya menjayakan watak seorang yang terkena gangguan, tetapi turut diganggu di luar penggambaran.
“Saya rasa sudah tidak sedap hati pada hari pertama memasuki ke sebuah kediaman yang menjadi lokasi penggambaran. Kami perlu menghabiskan penggambaran awal disebabkan ada perkara tak diingini berlaku.
“Esoknya, penggambaran bersambung dan saya mengalami pening, batuk dan badan menjadi lemah.
“Ketika keluar rumah itu sebentar untuk berehat, saya mendengar suara perempuan menangis dalam rumah. Masa itu, semua kru wanita di luar rumah. Saya ingatkan mereka sedang ‘shooting’, rupanya tengah menunggu saya,” katanya.
Drama bersiri 12 episod, Remang terbitan Anomali Media Sdn Bhd arahan Khairul Rizam dan skrip oleh Sofia J Rhyland, Intan Zarina Mohd Yasin dan Adza Irdawati Adenan.
Selain Natasha, drama Remang adalah kompilasi cerita seram yang dihidupkan oleh pelakon Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail dan ramai lagi.
Pihak Rilek Media tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri