Terkenal Kerana Sering Mengunjungi Masjid, Insan Istimewa Fadil Sulaiman Telah Meningg4l Dunia

UCAPAN takziah mencurah-curah di media sosial sebaik berita mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman tersebar pada Rabu.

Muhammad Fadil, 42 tahun, sering dilihat di masjid dan juga acara masyarakat. Beliau dikenali ramai, termasuk dari golongan asatizah dan juga selebriti tempatan yang telah melahirkan rasa dukacita mereka atas pemergian beliau.

Menurut abang Allahyarham, Mohammad Latif Sulaiman, beliau dihubungi pihak polis sekitar 2.40 petang semalam dan diberitahu adik bongsunya itu rebah di stesen MRT setelah mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Walaupun telah bergegas ke hospital sebaik menerima berita itu, Latif dan anggota keluarga yang lain tidak sempat bertemu Allahyarham dan beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor sekitar sejam selepas itu.

“Beliau memang seorang yang istimewa, syarahan dan juga acara-acara masyarakat, memang itu lah tempat-tempat yang beliau sering pergi untuk hiburkan hati.

“Kami terima banyak mesej dan ucap takziah, memang kami sekeluarga amat terharu bila lihat ramai yang mengingati beliau,” katanya semasa dihubungi Berita Harian.

Latif turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah menawarkan untuk menaja pengurusan jenazahnya.

Namun, segala pengurusan jenazah akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS).

“Saya kenali arwah sejak lebih 10 tahun lalu semasa beliau kerap ke Masjid Al Falah dahulu. Walaupun tidak seperti insan lain, arwah dikenali sebagai seorang yang suka kunjungi masjid serata Singapura, hadir acara qiyam dan ceramah serta yang istimewanya tidak pernah lupa mengirimkan nama kedua orang tuanya utk acara tahlil malam Jumaat.”

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman pada petang Rabu.

LihatTutupKomentar