Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas terakhir


Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas terakhir

Wanita ini bernama Martha Mason, lahir pada 31 Mei 1937 di Lattimore, sebuah bandar kecil di utara Carolina, Amerika Syarikat. Pada awalnya, Martha dilahirkan normal seperti bayi lain.

Dia membesar dengan sihat namun hanya sempat merasai kehidupan normal untuk tempoh 10 tahun. Sewaktu berusia 11 tahun, beliau diserang penyakit polio sehingga menyebabkan tubuhnya lumpuh dari leher ke bawah secara kekal. Ketika itu sekitar tahun 1948, di mana wabak polio sedang ganas merebak ke serata dunia.

Tambah memilukan, Martha disahkan menghidap polio beberapa hari elepas kematian abangnya, Gaston Mason yang juga disebabkan oleh wabak polio.

Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas terakhirPenyakit Polio atau Poliomielitis berlaku akibat jangkitan virus yang berisiko menyebabkan kelumpuhan. Polio virus menjadi ejen pembawa penyakit ini yang masuk ke dalam badan manusia dan mencemarkan usus. Ia mampu memasuki saluran darah hingga ke saraf pusat menyebabkan kelemahan otot dan kelumpuhan.


Akibat penyakit yang dideritainya itu, daripada boleh berlari, Martha akhirnya hanya terbaring dan terpaksa tinggal dalam tabung besi. Wanita ini hanya mampu terbaring kaku dalam bekas silinder besi seberat 363 kilogram sepanjang tujuh kaki yang membaluti seluruh bahagian tubuhnya, kecuali kepala.


Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas  Tabung besi itu berfungsi untuk membantu mengalirkan oksigen kepada paru-paru Martha agar dia tetap bernafas. Ini kerana serangan polio telah melemahkan paru-parunya.

Walaupun terperangkap di dalam tabung besi itu, dalam keterbatasan Martha tetap bersemangat menjalani kehidupannya. Dia tetap bersekolah dengan kunjungan guru ke rumah.

Martha juga menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dengan menghadiri kuliah menerusi webcam, sebuah kamera video digital kecil yang dihubungkan ke komputer. Ibu dan rakan-rakannya banyak membantu dalam menyelesaikan kerja sekolah, begitu juga tugasan kuliah.

Walaupun hidup terkurung, Martha mampu lulus dengan kepujian tertinggi dalam Ijazah Bersekutu dari Gardner-Webb College di Boiling Spring pada tahun 1958 dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Wake Forest College pada tahun 1960.

Kisah wanita yang tinggal dalam tabung besi selama 61 tahun sehingga ke nafas terakhir


LihatTutupKomentar