Sekian Lama Menghilang, Penyanyi Ana Raffali Kini Graduan Master, Rupanya Ayahnya Bukan Calang-Calang!

Sekian Lama Menghilang, Penyanyi Ana Raffali Kini Graduan Master, Rupanya Ayahnya Bukan Calang-Calang!


Nama Ana Raffali suatu ketika pernah menjadi perhatian ramai apatah lagi selepas dinobatkan pemenang utama di  Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku sekali gus mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan nama-nama hebat dalam industri muzik tempatan. Penyanyi Ana Raffali juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.

Pun begitu nama Ana Raffali seakan hilang dari radar dunia muzik tempatan semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 Baru-baru ini berkongsi berita gembira, penyanyi Ana Raffali yang juga merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berita gembira itu dimaklumkan menerusi Instagram.

Menerusi posting sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu. “Alhamdulillah, syukur saya dianugerahkan Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). “Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajian saya,”

Ana turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong dan membantunya sepanjang pengajian. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan kenalannya tumpang rasa gembira dengan pencapaiannya malah turut mendoakan agar Ana akan terus berjaya di masa akan datang. terdahulu,  Penyanyi Ana Raffali tenang berdepan kecaman apabila dilabel segelintir netizen sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris.
Pemilik nama sebenar, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali itu memercik perdebatan dalam kalangan pengguna Twitter apabila menegur penggunaan panggilan formal yang selalunya digunakan kebanyakan rakyat Malaysia terutama di sekolah-sekolah. Ujar Ana, penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul.

LihatTutupKomentar