Aj4r Pemb4ntu Rumah Solat S4mbil Peg4ng Penyapv, Iqbal Zulkefli Dikec4m

Aj4r Pemb4ntu Rumah Solat S4mbil Peg4ng Penyapv, Iqbal Zulkefli Dikec4m


Sebut saja nama Iqbal Zulkefli, pasti ramai mengenali usahawan sensasi itu apatah lagi sebelum ini pernah bercinta dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Baru-baru ini perkongsian Iqbal menjadi perhatian apabila memuat naik video sambil memegang penyapu sambil mengajar pembantu rumahnya bernama Indah untuk solat dengan betul.

“Ajar pembantuu rumah solat, Lain kali cakap yang bukan-bukan lagi ya Indah. Ada hari dapat hadiah, ada hari dapat rotan,” tulisnya.


Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan Iqbal itu yang disifatkan tidak beradab. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan konten Iqbal itu dianggap bodoh.


Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mengajar solat tetapi tidak perlu memuat naik untuk dijadikan konten kerana ia merupakan aib yang perlu dijaga.


Dalam pada itu, ada yang memberi pendapat adalah lebih baik supaya Iqbal mencari ustazah untuk mengajar pembantu rumahnya itu mengenai ibadah solat.




LihatTutupKomentar