“Baik Kita X-Ray, Tak Tahan Dah…”- Siti Nurhaliza ‘Hilang Suara’, Alami Batuk Dan Mild Bronchitis

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan beliau kini berdepan masalah apabila dikesan mengalami Mild Bronchitis atau flu dada kesan daripada Covid-19.

Perkara itu dikongsi Siti menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya sebentar tadi.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 42, beliau terpaksa membuat imbasan x-ray akibat tidak dapat menahan batuk pada waktu tengah malam.

“Baik kita x-ray ye… tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” tulisnya.

Bagaimanapun, Siti terpaksa menggunakan inhaler selain turut dibekalkan dengan ubat-ubatan lain.

Sejak beberapa hari lalu, Siti dilihat ada berkongsi mengenai keadaannya yang tidak begitu sihat akibat mengalami sakit tekak dan ‘kehilangan suara’.

Malah, anak keduanya Afwa juga turut mengalami demam sehingga hidung dan dadanya dipenuhi kahak.

Terdahulu, pada Ogos lalu, Siti memaklumkan beliau baru sahaj sembuh daripada jangkitan Covid-19 selepas pulang dari London.



LihatTutupKomentar