Disebabkan Dia..” – Ramai Beratur Panjang Nak Beli ‘Nasi Lemak RM1.00’ Gara-Gara Khairul Aming

Sebelum ini, selebriti media sosial iaitu Khairul Aming telah memberi review jujur mengenai Nasi Lemak RM1.00 yang tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Khairul berkata dia tertarik untuk mencuba nasi lemak itu walaupun produk yang dijual merupakan makanan yang ‘simple‘ tetapi menganggap ianya mempunyai ‘storytelling‘ tersendiri.

Susulan itu, peniaga Nasi Lemak RM1.00 yang dikenali sebagai Bangsudu terkejut apabila semakin ramai pelanggan yang datang beratur untuk membeli beberapa hari selepas Khairul Aming membuat review.Menurut hantaran di laman Twitter, Bangsudu turut meluahkan rasa hormat terhadap Khairul Aming kerana sering memberi sokongan terhadap peniaga kecil sekaligus memberi pendedahan ‘percuma’ kepada mereka.

Hebatnya seorang Khairul Aming. Disebabkan dia saya tak boleh move on dengan apa yang jadi semalam.



Ramai orang beratur macam nak beli tiket world cup tau.

Dalam pada itu, Bangsudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal turut berkongsi beberapa pengalamannya mengendalikan pelanggan yang ramai.


Jelasnya, dia belajar untuk tenang sewaktu berniaga supaya keadaan tidak menjadi huru-hara dan cuba untuk meletakkan 200% tenaga bagi melayani pelanggan yang datang agar mereka berasa gembira selepas beratur panjang.


Tambahnya lagi, dia juga harus memastikan stock nasi lemak cukup untuk semua pelanggan kerana ada yang sudah beratur lama tetapi tidak dapat untuk membeli.


Kesian sebab mereka dah penat tibe-tibe sampai depan dah habis. Lepas ni apa yang kurang dari saya, saya akan tambah baik lagi.


LihatTutupKomentar