Salahkan Suami Kaki Pukul, Isteri Kantoi ‘Check-In’ Dengan Bekas Kekasih Sanggup Tinggal Anak 11 Bulan



Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke hari tua. Namun, tidak semua pasangan yang bernasib baik untuk mengecapi kebahagiaan tersebut.

Isteri ‘Check-in’ dengan bekas kekasih

Seorang isteri anggota polis di Indonesia viral di media sosial selepas kantoi check-in dengan bekas teman lelakinya. Lebih perit lagi apabila perbuatan terkutuk itu disaksikan sendiri oleh suaminya serta beberapa individu yang lain termasuklah pihak berkuasa di sebuah bilik hotel.

Ketika kejadian, wanita berkenaan sedang memakai baju tidur yang agak seksi manakala lelaki tersebut berseluar pendek. Antara bukti yang ditemui di dalam bilik hotel terbabit adalah helaian tisu serta kain tuala yang tercalit dengan air mani.

Pada awalnya, si suami mengesyaki bahawa isterinya sedang curang di belakangnya kerana terjumpa nombor telefon seorang lelaki di aplikasi WhatsApp. Lebih mengukuhkan bukti apabila wanita berkenaan dikatakan sering curi-curi keluar dan tinggalkan anak mereka berusia 11 bulan di rumah tanpa izin.

Isteri saya memang dah selalu keluar dari rumah tanpa izin saya dan tinggalkan anak kami. Disebabkan itu saya mula curiga dengan isteri saya.

Sanggup tinggalkan anak

Walau bagaimanapun, si isteri tampil menjelaskan bahawa pasangannya itu sering memukul dirinya, malah dia pernah melaporkan kepada pihak polis sebelum membuat keputusan menarik balik laporan terbabit setelah dipujuk oleh suami.

Perkara berkenaan berulang kembali sehingga wanita berkenaan mengalah kerana memikirkan usia anaknya yang masih kecil.

Suami saya selalu cakap yang saya ni jahat. Dia selalu pukul saya dan saya dah pernah buat laporan polis tapi saya tarik balik sebab pujuk rayu dia. Tak sampai 6 bulan saya kena pukul lagi.

Tapi saya minta maaf sebab saya memang salah cuma saya terngiang-ngiang dia kata yang saya ni tak laku dan tak boleh dapatkan lelaki bujang jadinya saya buktikan apa yang dia cakap

LihatTutupKomentar