Elak bertembung dengan lori makan jalan, Myvi buat ‘Stunt’ sampai terangkat dua tayar kiri.
Rasanya reputasi kereta Myvi di Malaysia ni dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kalau dilihat di internet, memang macam-macam adegan atau kisah menarik dan unik yang dilakukan oleh kereta Myvi, dari kebolehannya towing lori hinggalah ada yang menggunakan kenderaan ini di off-road. Pendek kata, Myvi ni memang serba boleh lah!Bercakap pasal King of The Road ni, min nak kongsikan satu video yang memaparkan aksi sebuah kereta Myvi berwarna biru yang cuba untuk mengelak daripada dilanggar sebuah lori yang makan jalan. Kompem korang akan tengok ulang kali punyalah sebab memang power!
Tular setelah dikongsikan ke sebuah group Facebook dikenali sebagai DashCam Owners Malaysia, satu video pendek memaparkan aksi sebuah lori tangki minyak yang makan jalan ketika melalui satu selekoh dan Myvi biru dari arah bertentangan yang cuba mengelaknya.
Mungkin terkejut dengan kemunculan kenderaan berat itu, pemandu Myvi mengambil selekoh tajam untuk mengelak daripada terlanggar lori yang makan jalan itu sehingga terangkat dua tayar kirinya. Paling hebat, Myvi tu still jalan on point meskipun hanya guna dua tayar kanan depan dan belakang!
Korang boleh tengok video kat bawah neninjau ke ruangan komen, aksi Myvi terbabit nyata membuat pengguna media sosial ternganga dan kagum. Tak kurang juga ada yang geli hati melihat kebolehan Myvi berkenaan dan ada juga yang memuji kecekapan pemandu M
kerana boleh mengawal kenderaan dengan baik.
“Rasa molek sangat kalau pengarah fast furious ambik Myvi berlakon. Ganas sangat duduk Malaysia,” komen netizen.
“Kereta-kereta belakang lori tu semua mesti ternganga shook tengok Myvi buat stunt,” kata pengguna lain.
“Tabik la king! Hebat boleh kawal kereta, kalau tak naya.” kata yang lain pula.
Dalam pada itu, ramai juga pengguna media sosial lain yang menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama sekali di kawasan selekoh untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Syukur takde kejadian buruk berlaku