Pulau Diego Garcia sudah ditawan oleh orang-orang Malaysia, apa sudah jadi?

Pulau Diego Garcia sudah ditawan oleh orang-orang Malaysia, apa sudah jadi?. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai sebuah pulau tropika di Lautan Hindi yang dikenali sebagai Diego Garcia. Ia ekoran beberapa foto yang dimuat naik oleh satu laman Facebook yang didakwa memaparkan wajah mirip penumpang pesawat MH370.

Menjadi trending di Facebook dan Twitter, rata-rata netizen dilihat mula membanjiri ruangan komen di akaun Facebook itu dan tidak kurang juga ada yang ‘menyerbu’ Google Map untuk menyunting nama lokasi di Diego Garcia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, lokasi itu telah disunting dengan pelbagai nama seperti Myvi Warehouse, Irfan Bakar Campsite, Kedai Motor Ah Meng, Haikal Carwash, Pak Mat Western dan Pasar Malam Diego Garcia.

Gila laju betul orang Malaysia buat kerja

Ditonton lebih sejuta kali, video tersebut telah dihujani pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya terhibur.

Terdahulu, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari telah menafikan bahawa salah seorang lelaki di dalam gambar yang tular itu adalah bapanya.


Melalui kiriman di Instagram miliknya, Maira Elizabeth Nari menegaskan bahawa individu itu bukan bapanya.


”Hello, hari ini saya mendapat tahu bahawa orang di dalam gambar ini dikatakan adalah ayah saya atau mirip ayah saya.


“Saya ingin menjelaskan dia bukan bapa saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui “direct message” (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas satu-satu mesej.

”Namun saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian,” katanya

LihatTutupKomentar