Jihan Muse Mohon Doa Dah Nak Bersalin, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Berlainan Dekat Beliau

Kuala Lumpur – Sebelum ini, pengacara Jihan Muse berkongsi dirinya sedang mengandung enam bulan namun memilih untuk tidak berkongsi berita itu ketika awal kehamilan mengikut nasihat keluarganya. Jihan atau pemilik nama penuh, Nur Jihan Musa, 39, mengetahui mengenai kehamilannya selepas melakukan ujian s.aringan C.ovid19 untuk bertugas sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2021 yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu.

Bukan hendak ber.ahsia, namun saya mengikut nasihat dan saranan daripada keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal. Ini kerana kita belum pasti apa akan terjadi. Apatah lagi usia kandungan masih baru lagi. Malah, ketika itu saya sedang dija.ngkiti C.ovid19 lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi. “Memandangkan ini adalah kehamilan anak kedua, saya sebenarnya m.alu nak umumkan sedang hamil,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kehamilannya, Jihan hanya mengalami alahan t.eruk ketika trimester pertama. Jihan juga memberitahu dia mengetahui jantina bayi dalam kandungan itu dan mahu menjadikan satu kejutan. Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak.

“Tiga bulan pertama memang m.abuk teruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa letih dalam tempoh hamil kali ini. Kemenangan di AME2021 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang,” katanya.

Netizen Perasan Wajah Semakin Berseri-

Alhamdulillah naik seri ibu mengandung, comel.

Pengacara, Jihan Muse berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua. Dijangka bakal bersalin bulan ini, hos program Gegar Vaganza ini juga turut memohon doa yang baik-baik daripada peminat. Jihan pada masa sama turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di Instagram. “Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda bonda. Betul- betul anak nombor dua. Doakan ya,” Sumber:  gempak

LihatTutupKomentar