Baru-baru ini, viral satu video di media sosial mengenai pengakuan seorang wanita yang mendakwa dirinya telah diperkosa ketika melakukan servis penapis udara di rumah pelanggan
Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen termasuklah seorang Youtuber terkenal iaitu Donivia Channel.
Mangsa buat laporan palsu?
Menerusi keputusan siasatan polis, Youtuber ini mendakwa segala dakwaan yang dilemparkan ‘mangsa’ hanyalah helah semata-mata. Malah, lelaki yang didakwa sebagai ‘pelaku’ juga telah tampil memberi keterangan di balai polis.
Kisahnya beberapa hari lepas, ada seorang wanita ni yang bekerja di syarikat penapis air buat konten dekat TikTok menangis sambil mendakwa dirinya dirogol seorang lelaki masa tengah buat servis penapis dekat rumah lelaki tu. Wanita ini juga buat live dekat balai polis maklumkan dia dah bagi keterangan masa buat report.
Bercerita dengan lebih lanjut, Youtuber ini akui pelik dengan tindakan wanita ini yang dilihat ceria setiap kali menceritakan perkara yang berlaku dan seolah-olah tidak terkesan dengan kejadian tersebut.
Dekat sini aku ada perasan yang wanita ni ada buat beberapa konten yang mana pasal dia sembang pasal benda yang jadi dan yang aku pelik sebab nampak hidup dia macam happy tanpa berduka. Bukan lah nak suruh dia buat konten menangis setiap masa tapi kalau betul katanya trauma, tak akan ada masa nak main media sosial.
Difahamkan, ‘si pelaku’ juga telah dibebaskan oleh pihak polis selepas mengetahui insiden tersebut bukanlah kes rogol seperti yang didakwa ‘mangsa’ sebaliknya adalah suka sama suka. Wanita tersebut juga dikatakan telah memadam kesemua video yang mengatakan dirinya menjadi mangsa rogol.