“Jijiklah!” – Siap Kunyahkan Nasi & ‘Share’ Air Dari Mulut, Aksi ‘Sweet’ Pasangan Ini Bikin Netizen Loya

Baru-baru ini, tular satu video dari negara jiran iaitu Indonesia yang memaparkan aksi ‘sweet’ pasangan kekasih hingga ia menerima perhatian ramai.

Difahamkan dari video terbabit, wanita itu hanya ingin memakan makanan yang dikunyah oleh teman lelakin saja sebagai bukti cintanya.

Di dalam video yang dimuat naik, lelaki itu kelihatan sedang meniup makanan secara perlahan sebelum cuba untuk menyuap nasi tersebut ke mulut teman wanitanya, namun ditolak

Lagi membuatkan netizen berasa ‘geli’ melihatnya apabila lelaki berkenaan terpaksa mengunyah nasi itu dahulu lalu mengeluarkan ia kembali dan menyuapkannya ke mulut teman wanita.


Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik melihat aksi pasangan berkenaan.

Tambahan lagi, ada yang berseloroh mengatakan wanita tersebut tidak mempunyai gigi.



LihatTutupKomentar