Nilai ringgit jatuh cecah RM4.50 setiap 1 USD, bersedialah kurangkan hutang, perbelanjaan. Nilai Ringgit jatuh cecah RM4.50 setiap 1 USD semalam pertama kalinya dalam sejarah. Bersedialah kepada anda yang penat lelah mencari rezeki di luar sana.
Kejatuhan nilai ringgit pada paras RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat menjadi indikator jelas ringgit paling teruk terjejas berbanding mata wang serantau lain akibat ketidaktentuan ekonomi global.Diburukkan lagi dengan pelbagai isu kritikal seperti konflik dan peperangan, inflasi, kenaikan harga minyak dunia dan sekuriti makanan, hampir pasti turun naik nilai ringgit tidak dapat dielakkan.
Realitinya, senario itu boleh menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya apabila negara masih lagi bertatih dalam menjalani proses pemulihan selepas dua tahun dibelenggu Covid-19.
Nilai Ringgit Jatuh Cecah RM4.50 Setiap 1 USDSeperti mana dikongsikan oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi facebooknya menyatakan agar berhati-hatilah dalam berbelanja memandangkan kemerosotan yang berlaku dalam ekonomi.
Benarlah apa yang dinasihati, kemungkinan cabaran akan lebih besar tahun hadapan.
“BUAT SEMUA YANG SEDANG LELAH MENCARI REZEKI, BERSEDIALAH… TAHUN DEPAN CABARANNYA PASTI AKAN LEBIH SUKAR LAGI.
“Kurangkan hutang dan perbelanjaan, tingkatkan simpanan dan
…Malam tadi Aku termenung panjang…
“Ikhlas Aku katakan, Aku sebenarnya risau bila memikirkan perihal tentang tahun depan.
“Sebab itu malam tadi Aku post gambar matahari yang sedang terbenam…
Bank Dijangka Naikkan Kadar OPR
“Minggu ini bank dijangka akan menaikkan lagi kadar OPR. Ini pastinya akan menyebabkan bayaran ansuran rumah naik lagi.
“Kerajaan telah pun mula buat survey berkenaan GST. Tahun depan mungkin GST akan kembali lagi…
Kerajaan juga sedang mengkaji mekanisme subsidi petrol RON95. Jika tiada lagi subsidi petrol, banyak harga barangan akan melambung tinggi nanti.
“DISAAT KITA SEDANG DIHIMPIT DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI AKIBAT KENAIKAN INFLASI, ADA JUGA DIKALANGAN KITA YANG SEOLAH-OLAH TIDAK KISAH DAN AMBIL PEDULI.
“Sanggup berhabis beratus malah beribu ringgit semata-mata ingin melihat konsert artis pujaan hati. Aku pasti tentu akan penuh juga penontonnya nanti.
“Mungkin sekali lagi kita akan dengar peminat fanatik beratur dari jam 4 pagi semata-mata nak beli tiket ke konsert ini.
Tingkatkan Simpanan & Pendapatan
“Terpulanglah… Masing-masing punya duit sendiri. Aku yang marhaen ini hanya mampu melihat dan menasihati.
“BUAT SEMUA YANG SEDANG LELAH MENCARI REZEKI, BERSEDIALAH… TAHUN DEPAN CABARANNYA PASTI AKAN LEBIH SUKAR LAGI.
“Kurangkan hutang dan perbelanjaan, tingkatkan simpanan dan pendapatan,” kongsi Mohd Ezairol